Sunday 5 January 2014

JAWATAN KOSONG PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ-MAIWP) (20 JANUARI 2014)


Kerja Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) seperti berikut:-

1. Eksekutif Zakat (1 kekosongan)

-Lelaki sahaja
-Kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah
-Sanggup bekerja dipejabat-pejabat cawangan PPZ sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-Mempunyai personaliti yang menarik.
-Calon mesti mampu membaca Al-Quran dengan baik.

2. Eksekutif Audit - ICT (1 Kekosongan)

-Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat, Sains komputer atau yang setara dari universiti yang diiktiraf.
-Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman sebagai Juruaudit Sistem Maklumat.
-Pengalaman dalam bidang audit - IT adalah satu kelebihan.
-Mereka yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan ACL akan diutamakan.
-Mempunyai pengetahuan yang kukuh IT kawalan dalaman dan rangka kerja tadbir urus serta prinsip/ amalan pengurusan risiko.
-Kemahiran komunikasi yang kukuh bertulis dan lisan.
-mempunyai kemahiran analitikal yang kuat dan keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan yang minimum.
-Keupayaan untuk menguruskan masa, proaktif dan menepati tarikh akhir.
-Calon mesti mampu membaca Al-Quran dengan baik.

3. Eksekutif Pembangunan Teknologi Maklumat (1 kekosongan)

-Ijazah dalam bidang Sains Komputer Teknologi Maklumat atau Software Engineering yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf denganya.
-Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pembangunan Java Programming dan Pembangunan Web (JAVA, JSP,  J2SE, J2EE, Servelett dan EJB).
-Menganalisa dan melaksanakan keperluan sistem meklumat dalam pentadbiran dan pengurusan Pusat Pungutan Zaka.
-Merancang, menggunakan dan memantau database sistem supaya matlamat dan strategi yang dibangunkan akan dicapai.
-Berpengetahuan dalam bidang tugas berikut :-

- Membangun aplikasi mengikut spesifikasi teknikal/program.
- Berpengetahuan dalam Object-Oriented Modeling/Design/Requirement Engineering Process.
- Boleh menghasilkan dokumen pembangunan sistem seperti SRS (Software Requirement Specification dan sebagainya).
- Boleh mengendali dan dan menyediakan "User Acceptance Test Document" dikalangan pengguna aplikasi.
- Membuat pengujian terhadap pembangunan sistem (Functional Testing, Unit Testing) , berdasarkan keperluan pembengunan sistem.

-Boleh bertugas dengan baik di bawah tekanan dan menepati had masa yang ditetapkan.
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-Calon mestilah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

4. Penolong Eksekutif Zakat (1 kekosongan)

-Kelulusan sekurang-kurangnya Diploma.
-Sanggup bekerja di pejabat-pejabat cawangan PPZ sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
-Boleh bertugas dengan baik di bawah tekanan dan menepati had masa yang ditetapkan.
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-Mempunyai personaliti yang menarik.
-Calon mestilah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

5. Setiausaha Eksekutif (1 kekosongan)

-Kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Kesetiausahaan/ Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
-Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer Ms Word, Excel. Pagemaker, Powerpoint dan lain-lain.
-Shorthand dan trengkas satu kelebihan.
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-Calon mestilah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

6. Penolong Pegawai Kaunter Zakat (2 kekosongan)

-Kelulusan sekurang-kurangnya STPM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
-Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer dengan baik.
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-Lelaki sahaja.
Calon mestilah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

7. Kerani Am (1 kekosongan)

Kelulusan sekurang-kurangnya SPM.
Sekurang-kurangnya berkemahiran menggunakan aplikasi komputer Ms Word dan Excel.
Boleh berkomunikasi dengan baik.
Komited dan bekerja dalam pasukan.
Calon mesti mampu membaca Al-Quran dangan baik.

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada :-

Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan,
Pusat Pungutan Zakat MAIWP,
Wisma PPZ, Dataran Shamelin,
No 68 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur,
Tel: 03-92895757

Tarikh Tutup Permohonan:- 20 Januari 2014



No comments:

Post a Comment